Friday, May 13, 2011

Separuh Akhir Pertama kelantan vs selangor pada 13 Mei Stadium Shah Alam


Sukan bola sepak dapat mengeratkan hubungan silaturrahim...Mana taknya, dengan adanya sukan bola sepak kita dapat berjumpa kembali kawan2 yg telah bertahun2 tdk bjumpa..Ak xtaw lah knp ak suka sgt tgok bola sepak..Satu kepuasan bila dpt menonton di stadium kerana suasana kat stadium lebih meriah..Hari ini ak ke subang bersama opismate, kerja punye pasai ak da lupe tarikh hr ni merupakan perlawanan antara kelantan dan selangor..teet teet..ttbe tpon kwnku bbnyi, mak dia call ajak pi tgok bola kat stadium shah alam..hahaha..mak dia same ngan my mum.. minat bola sepak..btw,my mum juz tgok depan tv jer..hahaha... Keputusan bola sepak kali ni cukup membanggakan... Tahniah the red warrior especially Ramzul Zahini Adenan yang telah berjaya menjaringkan Gol Pertama Kelantan pada minit ke 10 dan diikuti oleh Ramzul dengan menyempurnakan hantaran cantik daripada Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke 40. Walau bagaimanapun Pasukan kelantan terus mara untuk menambahkan gol sedia ada dengan sepakan Badhri Radzi atau Piya pada minit ke 43. Tamat Separuh masa pertama menyaksikan Kelantan selesa mendahului selangor dengan keputusan gol 3 – 0. Pada masa kedua, Kelantan sekali lagi mampu menambah jaringan menerusi Kapten Pasukan Badhri Radzi tetapi sepakannya kemas kedakapan Penjaga Gol Selangor iaitu Saiful Amar Sudar. Tendangan Amirulhadi Zainal pada minit ke 57 berjaya di selamatkan oleh Khairul Fahmi Che Mat.Kini tiba giliran mat yoe @ nor shahrul idlan talaha pula menambah jaringan namun sepakannya tersasar. Gol ke empat Kelantan akhirnya menjelma juga pada minit ke 67 menerusi pemain sayap lincah Kelantan iaitu Nurul Azwan Roya dan tidak cukup dengan itu Shahrul Idlan Talaha akhirnya menambahkan gol ke lima kelantan pada minit ke 71. Pemain pasukan Selangor yang tak kurang hebatnya iaitu Amri yahyah menjaringkan gol saguhati kepada penyokong Selangor. Tamat Perlawanan Selangor 1 – 5 Kelantan...Tahniah juga untuk pasukan selangor kerana Amri Yahya berjaya membolos gol yang dikawal rapi oleh Khairul Fahmi Che Mat..Majulah sukan untuk negara..

No comments:

Post a Comment