Saturday, April 23, 2011

Jangan mudah merungut atau menyesal..

Jangan mudah merungut atau menyesal..

Cerita ini membuatkan kita lebih bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Tidak perlulah mengejar kemewahan yang sementara kerana ketenangan hati, kelapangan jiwa dan keberkatan dari Allah lebih bermakna untuk kita sebagai khalifah di muka bumi Allah..Dengan rasa rendah hati, ak panjatkan kesyukuran kepadamu YaAllah kerana dikurniakan kesihatan, rezeki yang halal, keluarga yang memahami dan diberikan ruang untuk terus berada di bumimu Ya Allah..

Apa itu blog???



Blog???Apa itu blog??Walaupun ak ngan laptop ibarat isi dan kuku, namun ak tak pernah tahu macamana nak buat blog.. Abangku pernah bertanya sama ada ak ade blog dan tahu membuat blog.. Dengan pantasnya ak menjawab tak ada coz ak mmg lgsung x tahu cara nk buat blog dan langsung tak nak ambil tahu..huhuhu.. Namun, setelah ak dengar kwn2 opisku hari2 sibuk bercakap pasal blog.. Ak tnye mereka ape itu blog..dan macamana nk tgok blog org.. Last2 kwnku telah membuka satu blog untuk ak dan dia menunjukkan cara mengedit blog. Dr situlah timbulnya minat untuk ak menulis blog..Btw, syukran jazilan ya eiyla..Then, ak join sahabat blogger dalam FB..Dari situlah ak belajar sedikit sebanyak tentang blog.. Dari 0% , da jadi 50%.. Apa yang menariknye tentang blog ini ialah kita dapat mengupdatekan diri kita dalam pelbagai maklumat kerana setiap blog mempunyai info yang berbeza. Sekaligus, dengan adanya blog kita dapat meningkatkan ilmu pengetahuan yang sedia ada... Namun kita tidak boleh bergantung seratus peratus dengan maklumat yang kita dapat kerana maklumat yang disampaikan dalam blog belum tentu ada kesahihannya..Ape pun dapatkan maklumat, kaji dulu atau tanya orang yang lebih arif agar bagi mengelakkan penerimaan maklumat yang salah..Selamat berblogging kpd semua blogger..
 
p/s: Berkongsilah ilmu kerana jika kita menyampaikan ilmu yang kita ada kepada orang lain, maka Allah akan menganugerahkan kepada kita ilmu yang belum kita tahu.

Sunday, April 17, 2011

memori itu indah...


Bak kata orang zaman yang paling indah adalah masa sweet seventeen krn pd ms itu kita masih di alam meningkat remaja dan masih inginkan kebebasan dan keseronokan.. Masa makin pantas bergerak dan usia kita makin meningkat.Tahap pendidikan juga semakin meningkat dari sekolah menengah ke peringkat matrikulasi dan ke universiti. Masa dok belajar sekolah menengah Az excited nk masuk u. Namun bila da masuk u, Az kembali merindui saat bersama kwn2 di sekolah menegah kerana memori time tu mmg sweet..Pernah ku terfikir alangkah indahnya andai dapat ku undurkan masa untuk kembali ke masa lalu.. Setelah tersedar dari berkhayal, dari alam fantasi AZ kembali ke alam realiti..hahahaha.. Zaman belajar kat u kita menjadi seorang yang berdikari dan bijak menguruskan masa kerana kita yang membuat jadual sendiri tanpa tunjuk ajar dari cikgu dan parent macam kat umah. Nampaknya masa mencemburui kita dan berlalu dengan pantas sekali. Sedar x sedar umur AZ da menjangkau 20an ++ dan kini tiada lagi alam persekolahan, tiada lagi alam universiti tp sekarang AZ berada di alam pekerjaan. Bila usia da meningkat, pemikiran kita juga semakin matang. Bila kita berada di peringkat umur ini, apa yg kita pikir adalah tanggungjawab. Tanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga serta tanggungjawab untuk melaksanakan tugasan yang diberi oleh majikan..Apa yang kita boleh simpulkan dr sini ialah hidup itu indah, oleh itu hargai masa ketika masih hidup dan tuntutlah ilmu kerana dengan ilmu kita dapat mengubah diri kita ke arah yang lebih baik..InsyaAllah..

Thursday, April 14, 2011



Di penghujung bulan 3 ak bersama 3 org teman ditugaskan untuk bekerja di luar di salah sebuah syarikat penerbitan buku yang terletak di Kuala Lumpur selama 2 minggu.Boleh dikatakan setiap hari kami berempat pergi bersama2 kecuali satu hari ak x dpt join mereka kerana ade urusan lain yang perlu diselesaikan di opisku yang berada Shah Alam.Bermula dari jam 11 pagi kami memulakan kerja. .Pukul 1 kami lunch bersama2 dan x lama slps itu saat2 yang dinanti2kan akan tiba. Kami terus ke koperasi kedai buku itu..Disana kami akan membelek2 buku yang ada..Aku paling suka buku terbitan PTS kerana dari luarannya sudah menarik. Apatah lagi isi dalamnya..Namun, ada pepatah mengatakan dont judge books by its cover. So, ak mulalah membelek2 buku yng luarannya menarik itu. Wah..didalamnya tidak kurang menariknya, pelbagai isi yang dapat memberi manfaat kepada pembacanya dan sungguh menarik. Boleh dikatakan setiap hari kami akan singgah membaca buku-buku yang ada. Hari terakhir disana ak dan kawan2 membeli bbrpa buah buku untuk dijadikan teman sebelum melelapkan mata..Aku suka salah satu buku yang dibeli oleh kawanku yang bertajuk bibir merayu hati bernafsu yang ditulis oleh Ahmad haikal ieman kerana buku ini mendedahkan perihal cinta yang sebenar. Bagi kaum Hawa, kandungan buku ini mampu mengelakkan mereka dari rayuan maut kaun Adam. Demi mengetahui kadar cinta lelaki, wanita tidak boleh bertanya kepada lelaki yang selama ini mengaku mencintainya apakah dia benar-benar cinta atau mencari kepuasan? Dengan adanya buku ini membuatkan kaum Adam tersipu-sipu malu kerana kaum Hawa mengetahui, sebahagian kata-kata rayuan mereka bukanlah mencerminkan isi hati yang sebenar.
Cinta itu bahagia,nafsu pula bahaya...
Cinta membuatkan kita tertawa, nafsu mengundang rasa kecewa...
Cinta selalu ingin memberi, nafsu pula ingin diberi...
Cinta mahu menyayangi, nafsu dikuasai berahi...
Cinta adalah yang terbaik untuknya, nafsu sentiasa disebaliknya...

p/s: utk mengetahui lebih lanjut belilah buku bibir merayu hati bernafsu yang ditulis oleh Ahmad haikal ieman terbitan PTS.