Sunday, April 17, 2011

memori itu indah...


Bak kata orang zaman yang paling indah adalah masa sweet seventeen krn pd ms itu kita masih di alam meningkat remaja dan masih inginkan kebebasan dan keseronokan.. Masa makin pantas bergerak dan usia kita makin meningkat.Tahap pendidikan juga semakin meningkat dari sekolah menengah ke peringkat matrikulasi dan ke universiti. Masa dok belajar sekolah menengah Az excited nk masuk u. Namun bila da masuk u, Az kembali merindui saat bersama kwn2 di sekolah menegah kerana memori time tu mmg sweet..Pernah ku terfikir alangkah indahnya andai dapat ku undurkan masa untuk kembali ke masa lalu.. Setelah tersedar dari berkhayal, dari alam fantasi AZ kembali ke alam realiti..hahahaha.. Zaman belajar kat u kita menjadi seorang yang berdikari dan bijak menguruskan masa kerana kita yang membuat jadual sendiri tanpa tunjuk ajar dari cikgu dan parent macam kat umah. Nampaknya masa mencemburui kita dan berlalu dengan pantas sekali. Sedar x sedar umur AZ da menjangkau 20an ++ dan kini tiada lagi alam persekolahan, tiada lagi alam universiti tp sekarang AZ berada di alam pekerjaan. Bila usia da meningkat, pemikiran kita juga semakin matang. Bila kita berada di peringkat umur ini, apa yg kita pikir adalah tanggungjawab. Tanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga serta tanggungjawab untuk melaksanakan tugasan yang diberi oleh majikan..Apa yang kita boleh simpulkan dr sini ialah hidup itu indah, oleh itu hargai masa ketika masih hidup dan tuntutlah ilmu kerana dengan ilmu kita dapat mengubah diri kita ke arah yang lebih baik..InsyaAllah..

2 comments:

  1. lepas ni alam rumah tangga lak..hehe

    ReplyDelete
  2. hahaha..lepas ni alam semua boleh buat..macam citer kampung boy yg bertajuk super mak!!!!

    ReplyDelete