Thursday, April 14, 2011



Di penghujung bulan 3 ak bersama 3 org teman ditugaskan untuk bekerja di luar di salah sebuah syarikat penerbitan buku yang terletak di Kuala Lumpur selama 2 minggu.Boleh dikatakan setiap hari kami berempat pergi bersama2 kecuali satu hari ak x dpt join mereka kerana ade urusan lain yang perlu diselesaikan di opisku yang berada Shah Alam.Bermula dari jam 11 pagi kami memulakan kerja. .Pukul 1 kami lunch bersama2 dan x lama slps itu saat2 yang dinanti2kan akan tiba. Kami terus ke koperasi kedai buku itu..Disana kami akan membelek2 buku yang ada..Aku paling suka buku terbitan PTS kerana dari luarannya sudah menarik. Apatah lagi isi dalamnya..Namun, ada pepatah mengatakan dont judge books by its cover. So, ak mulalah membelek2 buku yng luarannya menarik itu. Wah..didalamnya tidak kurang menariknya, pelbagai isi yang dapat memberi manfaat kepada pembacanya dan sungguh menarik. Boleh dikatakan setiap hari kami akan singgah membaca buku-buku yang ada. Hari terakhir disana ak dan kawan2 membeli bbrpa buah buku untuk dijadikan teman sebelum melelapkan mata..Aku suka salah satu buku yang dibeli oleh kawanku yang bertajuk bibir merayu hati bernafsu yang ditulis oleh Ahmad haikal ieman kerana buku ini mendedahkan perihal cinta yang sebenar. Bagi kaum Hawa, kandungan buku ini mampu mengelakkan mereka dari rayuan maut kaun Adam. Demi mengetahui kadar cinta lelaki, wanita tidak boleh bertanya kepada lelaki yang selama ini mengaku mencintainya apakah dia benar-benar cinta atau mencari kepuasan? Dengan adanya buku ini membuatkan kaum Adam tersipu-sipu malu kerana kaum Hawa mengetahui, sebahagian kata-kata rayuan mereka bukanlah mencerminkan isi hati yang sebenar.
Cinta itu bahagia,nafsu pula bahaya...
Cinta membuatkan kita tertawa, nafsu mengundang rasa kecewa...
Cinta selalu ingin memberi, nafsu pula ingin diberi...
Cinta mahu menyayangi, nafsu dikuasai berahi...
Cinta adalah yang terbaik untuknya, nafsu sentiasa disebaliknya...

p/s: utk mengetahui lebih lanjut belilah buku bibir merayu hati bernafsu yang ditulis oleh Ahmad haikal ieman terbitan PTS.

No comments:

Post a Comment