Sunday, February 27, 2011

Bagaimana hendak menjadi seseorang yang berjaya?

1) TETAPKAN MATLAMAT   
  
     - Jangan terlalu idealistik
     - Matlamat
        * Jangka panjang
        * Jangka sederhana
        * Jangka pendek
     - Kemaskini matlamat setiap kali berjaya mencapai salah 
        satu daripadanya
     - Semakin berjaya seseorang individu, semakin tinggi    
       matlamat yang dapat difikirkan

2) TETAPKAN TUMPUAN 
     - Pernahkah anda menonton perlawanan badminton???
     - Pernahkah anda melihat ada orang yang mendahului
        lawan???Tetapi akhirnya dia tewas.. Kenapa??Antara 
        alasan yang popular adalah hilang tumpuan.
     - Hidup kita juga umpama bermain badminton
     - Oleh itu,sentialah tetapkan tumpuan dan fokus
     - Tidak kira semasa bermesyuarat, berbual, 
        berbincang, berfikir, merancang,bermain, berunding, 
        belajar, menonton dan sebagainya.
     - Jangan buang masa dengan melakukan sesuatu tanpa
        tumpuan yang sepenuhnya

3) KEMAHIRAN 4M
    (MEMBACA,MENDENGAR,MENULIS DAN    
      MEMBENTANG)  

     - Pada zaman sekarang,kemahiran 4M penting bahkan 
        kadangkala ianya mendesak
     - Membaca dan mendengar ialah kemahiran menerima
        maklumat
     - Menulis dan membentang adalah kemahiran 
        menyampaikan idea
     - Kemahiran membentang memerlukan beberapa 
        kemahiran lain seperti:
                   * Kemahiran berkomunikasi
                   * Kemahiran interpersonal
                   * Percakapan awam
     - Kemahiran 4M mestilah diintegrasikan
     - Kita akan mendapat hasilnya jika kita tidak memilikinya 
        sebahagian daripada kemahiran tersebut kerana ia 
        adalah pakej yang mesti dimiliki bersama.

4) JADILAH JURULATIH      

    - Jangan kedekut ilmu.Ajarlah orang lain melakukannya 
       kerana kita tidak akan hilang apa-apa apabila mengajar 
       orang lain bahkan akan diberikan kebijaksanaan dan  
       idea-idea yang lebih baik
    - Semakin ramai orang yang kita latih,semakin hebat 
       kemampuan diri kita.Ini kerana Tuhan menjadikan alam 
       sebegitu rupa.Itulah fitrah alam yang kita mesti tahu 
       sekiranya mahu menjadi lebih berjaya daripada orang 
       lain.
    - Nabi Muhammad s.a.w. menyebut, "sampaikanlah 
      daripadaku walaupun satu ayat".Kenapa??Kerana selain 
      menyampaikan idea-idea nabi,kita juga dapat   
      meningkatkan kefahaman dan pengetahuan semasa kita  
      mengajar orang lain tentang perkara itu.Oleh itu, jangan 
      kedekut ilmu dan jadilah jurulatih.

5) JANGAN HANGAT - HANGAT TAHI AYAM  

     - Sekiranya ingin menjadi lebih baik daripada orang lain, 
        kita mesti mengelak tabiat ini.
     - Hanya semangat bermusim @ semangat pada mula-mula 
        saja.
     - Perangai ini menyebabkan orang lain mentertawakan   
        kita kerana mereka memandang seperti "tahi ayam".
     - Sekiranya ingin menjadi lebih baik daripada orang lain, 
        kita hendaklah menjadi "hangat-hangat seterika" 
        kerana ia panas apabila perlu dan ia dingin apabila 
        disimpan.