Sunday, May 8, 2011

happy mother day

Tanggal 8 Mei 2011 merupakan tarikh sambutan hari ibu bagi beberapa buah negara termasuk Malaysia.. Untuk pengetahuan semua, tarikh sambutan hari ibu adalah berbeza bagi setiap tahun dan setiap negara. Di kesempatan ini, ak tidak terlepas untuk mengucapkan selamat hari ibu buat bonda tercinta kerana telah berusaha membesarkan kami yang sudah ketiadaan ayah sejak ak berumur 12 tahun lagi.. Sehari sebelum pengumuman result UPSR ku, ayahku telah pergi buat selama-lamanya..Ak sentiasa mendoakan abahku agar ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..Hanya doa dari anak2 mengiringi pemergian ayahanda tercinta..Walau bagaimanapun kami adik beradik masih meneruskan kehidupan seperti biasa cuma mulai saat itu kami menjdai lebih berdikari dan lebih tabah untuk mengharungi hidup ini. Berkat doa dan usaha gigih ibuku, kami berjaya dibesarkan dengan baik..Di kesempatan ini, ak ingin mengucapkan selamat hari ibu buat ibuku dan semua ibu2 yang telah bersusah payah melahirkan, menjaga, dan mendidik anak2 menjadi insan yang berguna..Terima kasih maa..Bila bercakap tentang ibu ni, ak meminati beberapa buah lagu yang ditujukan untuk ibu2 sekalian..Antara lagu yang menjadi kegemaranku ialah lagu jasa bonda.. Lagu ini membuatkan ak sentiasa merindukan ibuku yang jauh dimata tetapi dekat dihati..

Kau dibuai mimpi dia jaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur

Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa

Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

p/s:: bak kata halim yazid..ingat sokmo hok mok pese~~

2 comments:

  1. Salam kunjungan.. sedap lirik lagu tu.. singgah la ke blog saya ;)

    ReplyDelete
  2. wslm...itulah lagu yg dpt menaikkan smgtku sms belajar dulu...insyaAllah sy akan singgah..

    ReplyDelete