Sunday, May 29, 2011

santai dihujung minggu

Alhamdulillah hujung minggu ni ak berpeluang bercuti dirumah setelah beberapa mggu sibuk menyiapkan kerja yg bertimbun2 di opis..Pada waktu siang ak membelek2 buku yang baru dibeli dari PTS Publication. Malamnya kami menonton AF9 musim ke8, persembahan yang tiada cacat celanya tapi sume peserta diberi markah 5/10 oleh kak Ogy..Pada malam ini, fina dan Azri berada ditangga yang tercorot..Undian masih dibuka..Persembahan tamat dengan lena sepatutnya tersingkir pada malam ini..Dengan rasa sedih, lena bersalam dan angkat bagasi untuk menuruni stage.. Tetibe paknil memanggil lena walaupun lena berada ditangga tercorot, namun tiada sebarang penyingkiran berlaku pada malam ini..Suasana yang hiba kembali ceria..Kami beralih channel TV3 pula, ceritanya macam menarik ajerr..layan ajer laa..Cerita tasbih cinta qadijah yang dilakonkan oleh jue, aqasha dan syed ape tah ni memang besh kerana memaparkan kisah kehidupan pergolakan rumah tangga dimana suami mencari hiburan di luar kerana isterinya tidak mampu memberi kemewahan dan hiburan selain dari ketenangan hati. Kisah ini menyedarkan kita bahawa kadar penceraian semakin meningkat di Malaysia. Ini dapat dibuktikan melalui statistik oleh JAKIM..PUTRAJAYA: Statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 2009 menunjukkan berlaku satu perceraian pada setiap 15 minit di kalangan umat Islam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim. [baca disini] . Berfikirlah kesan dan akibat sebelum bertindak dalam membuat keputusan kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya...

2 comments:

  1. tasbih cinta qadijah sangattt best kann... menguji kesabaran and banyak pengajaran.. =)

    ReplyDelete